Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari
Bentong, Pahang 28700 Malaysia Tel: +609 222 1278 
 Info Sekolah • Pengetua • Senarai Guru • Senarai Staf Am • Kurikulum • Ko-Kurikulum • Hal Ehwal Murid • Takwim Sekolah • Pencapaian Sekolah • Pusat Sumber Sekolah •
Pusat Sumber Sekolah (PSS)

Sejarah Penubuhan PSS


Sejarah PSS bermula dengan pembukaan perpustakaan Sekolah Menengah Rendah Jenis Kebangsaan Ketari (SMRJK) yang ditubuhkan pada tahun 1968. Ia merupakan sebuah bilik kecil yang sempit dan gelap. Hanya terdapat tiga buah meja disamping beberapa bangku panjang diletakkan untuk kegunaan pelajar.
 

Namun begitu perkhidmatan perpustakaan tetap berkembang dengan pertambahan koleksi bahan seperti buku rujukan dan buku fiksyen. Ruang perpustakaan menjadi sesak dan hanya dapat menampung kira-kira 30 orang pelajar pada satu-satu masa. Encik Raghupathy Naidu, Pengetua pada ketika itu telah mengambil langkah untuk menubuhkan Pusat Sumber Sekolah. Sebuah lagi kelas dibuka untuk dijadikan bilik Alat Pandang Dengar (APD) yang terletak bersebelahan bilik perpustakaan.
 

Pada tahun 2001, perpusatakaan lagi sekali dipindahkan ke sebuah bilik kecil yang digunakan oleh KH sebagai Bilik Persiapan Diri berikutan blok bangunan lama yang dirobohkan. Manakala makmal lama digunakan sebagai bilik BBM. Selepas bangunan baru disiapkan, menjelang tahun 2003 sekali lagi PSS dipindahkan ke blok bangunan baru. Di sini ia diletakkan di aras 3, Blok B dan dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin dan keluasan bilik yang mampu menampung lebih daripada 100 orang pelajar pada satu-satu masa. Pada masa kini PSS ini merupakan satu tarikan kepada pelajar dan guru untuk membuat rujukan keranan keadaannya yang selesa, nyaman dan kondusif
 

AJK KERJA PSS 2009
 

PENASIHAT : EN.LOH SAI HENG
PENGERUSI : EN. AHMAD POZI BIN YAHYA
TIMB 1. : EN. LAM GEK SENG
TIMNB 2 : EN. ROSTAM
 

PENYELARAS PROGRAM : PN.NORAZIZAH BT AWANG SAMAH
S/U : EN. TAN KAM CHAI
PEN. S/U : CIN SARASWATY ( GURU DATA NILAM )
GURU RAKAN PEMBACA : PN. NORAZIZAH BT. AWANG SAMAH
GURU PERPUSTAKAAN : PN. ADIBAH BT AZIZ
WAKIL PIBG : TN HJ.RAFLI B. HJ KHAMIS
AJK : GURU KELAS
KETUA PANITIA
 
 

AJK PENGAWAS PSS 2009
 

PENGERUSI : TAY CHIA YEE
N.PENGERUSI : NUR FAEZAH BT RAMLI
S/U : NURASHA BT. UMAH
PEN.S/U : CHEONG JIAN AI
BENDAHARI : NUR ANISA BT. ROSLI
PEN. BENDAHARI : LEW CHIW YUEH
 

AJK : NG GUN FILL
NG SHI LON
LIM WEE LEK
LEE KAI KEE
 
 

JAWATANKUASA KERJA 2009
 

PENGERUSI : EN. AHMAD POZI B. YAHYA
N. PENGERUSI : PN. NORAZIZAH BT AWANG SAMAH
S/U : PN ANIPAWATI@ADIBAH BT. AZIZ
PAPAN KENYATAAN : PN. NORHASANAH
BILIK BBM : PN ARBAIAH BT. SALLEH
BILIK MEDIA : PN KHOR SIEW CHENG
ICT : CIK PUVANESWARY
BILIK SAL : PN PARIMALA
GALERI SEK : PN NORHAYATI BT MOHD NOR